Monday, 26 November 2012


Kenangan...

Kenangan indah bersamamu,
Terpahat dilubuk hatiku,
Senyuman manis yang terukir dibibirmu,
Lirikan manja matamu dan keayuan wajah jawamu,
Cukup membuatkan hati ini gusar jika tidak dapat bertemu.

Kenangan ini mengajar aku erti kesabaran,
Untuk aku terus sabar menerima takdir Ilahi.
Kenangan indah bersamamu,
Mengajar aku erti cinta sejati,
Cinta sejati akan kupertahankan,
Walaupun nyawa terpaksa digalang ganti,
Untuk menyerahkan cinta sejati ini tidak sama sekali.

Kini..
Semua memori yang kita cipta,
Hanya tingal kenangan,
Hidupku kini hanya bertemankan duka,
Hanya air mata menjadi saksi keperitan hatiku.

Kini..
Hidupku serba kekurangan tanpamu,
Sakit yang kurasai ini akan menjadi barah dihatiku,
Linangan air mata yang membasahi pipi ku,
Cukup membuktikan kesetiaan cinta ini.

Kini..
Air mata menjadi penemam setiaku,
Guruh di langit seakan tahu raungan tangisanku,
Langit yang mendung seakan faham sebak dihatiku,
Hujan yang turun seakan mengerti tangisan hatiku.

Kini..
Aku terus dibuai kenangan manis kita,
Adakalanya aku termenung mengenangkan nasibku,
Dimanakah pengakhiran derita ini,
Hanya iringan doa mampu kukirimkan kepadamu.

Kini..
Kau telah pergi jauh dari hidupku,
Kenangan ini menjadi saksi kita pernah bersama,
Aku tetap berpegang pada janjiku,
Akan setia menanti kepulanganmu.


Tuesday, 20 November 2012

Kerjaya Masa Hadapan


      

 Kerjaya merupakan kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal,ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Dalam merencanakan kerjaya ini, seseorang itu harus menilai sesuatu bidang yang diceburinya di peringkat universiti sama ada mempunyai peluang kerjaya yang cerah ataupun tidak. Setiap mahasiswa di Universiti sememangnya mengimpikan ijazah yang mereka miliki mampu memberikan mereka peluang pekerjaan yang baik.

        Seperti juga diri saya dalam merancang masa hadapan dengan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (logistik dan pengangkutan) yang bakal diperoleh pada bulan Oktober 2013. Prospek masa hadapan yang saya dapat lihat melalui bidang ini adalah sangat luas kerana setiap syarikat memerlukan pengurus di bahagian logistik dan pengangkutan dalam operasi harian mereka. Melalui temubual bersama bekas pelajar logistik dan pengangkutan di Universiti Utara Malaysia, lebih 90 peratus daripada mereka terus diserap kerja oleh pengurus syarikat selepas tamat praktikal.

        Dalam merancang kerjaya saya dalam bidang logistik dan pengangkutan, saya telah diterima untuk menjalani praktikal di syarikat Petronas Chemical Fertiliser di Gurun, Kedah. Peluang ini tidak akan saya sia-siakan dalam merancang permualaan kerjaya saya pada masa akan datang. Antara sebabnya mengapa saya memilih  kerjaya tersebut kerana bidang ini mampu memberikan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Hal ini kerana bahagian logistik di sesebuah syarikat merupakan tulang belakang kepada pendapatan syarikat. Jika logistik tidak diuruskan dengan sempurna, pendapatan syarikat akan terjejas. Sebab itulah pendapatan bulanan yang lumayan diberikan kepada pengurus logistik di sesebuah syarikat.

        Selain itu, kerjaya dalam bidang logistik ini sangat diperlukan pada masa ini kerana pertambahan bilangan syarikat dari luar negara yang menapak di negara kita seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika seseorang itu mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang ini, dia akan akan menjadi rebutan antara syarikat-syarikat besar di negara ini. Selain itu, prospek pekerjaan yang luas dalam bidang ini menyebabkan saya memilih kerjaya sebagai pengurus logistik. Antara syarikat-syarikat besar yang memerlukan pekerja dalam bidang ini seperti Petronas, Sime Darby, Proton, pelabuhan-pelabuhan sekitar perairan Malaysia dan sebagainya.

         Seharusnya saya sebagai pelajar logistik dan pengangkutan berasa bangga memiliki ijazah dalam bidang ini kerana bidang ini menjanjikan peluang kerjaya yang luas seiring dengan apa yang telah diterapkan semasa berada di Universiti.


Isu Politik Semasa Luar Negara

         


        Pada hari ini, keadaan politik luar negara semakin membimbangkan semua pihak di dunia terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia. Isu peperangan di Palestin sememangnya sudah lama berlaku sejak tahun 1948. Kini sudah lebih enam dekad isu ini dimainkan oleh negara yang dilebelkan sebagai negara haram Israel. Isu ini memberi impak kepada kita sebagai rakyat Malaysia kerana sememangnya tidak sanggup melihat sahabat seagama islam kita ditindas di negara mereka sendiri. 

          Negara haram Israel menindas hak asasi warga Palestin dengan menceroboh dan merampas kedudukan Palestin di tanah air mereka. Pembunuhan dilakukan secara kejam tanpa belas kasihan dan telah mencabuli hak kehidupan terhadap rakyat Palestin terutama kanak-kanak dan wanita. Israel juga dengan sewenang-wenangnya melanggar hak keamanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

          Reaksi di negara Islam termasuk pemboikotan terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain diuar-uarkan secara besar-besaran bagi melumpuhkan ekonomi utama AS yang menjadi penyumbang utama dalam siri keganasan terhadap Palestin. Meskipun di Palestin sendiri sukar untuk mengembangkan ekonomi mereka, namun bantuan daripada seluruh dunia saling berterusan. Secara logiknya, ekonomi Palestin sukar berkembang kerana penindasan dan peperangan telah berlaku sekian lama dan rakyat hanya tertumpu pada peperangan sahaja. Tindakan dunia telah bersetuju untuk melaksanakan pemboikotan secara berterusan bagi menyatakan bantuan mereka terhadap Palestin.

         Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari peristiwa politik kotor luar negara walaupun negara kita bebas dari peperangan. Seharusnya kita sebagai umat manusia yang mahukan keamanan dalam menjalani kehidupan seharusnya membantu warga Palestin yang dibelenggu penindasan hak asasi mereka yang berterusan oleh rejim Israel. Pemimpin-pemimpin negara seharusnya menggesa dan menuntut keadilan terhadap isu berkenaan malah menjadi jurucakap di negara masing-masing. SAVE FOR GAZA.

Tuesday, 16 October 2012

Pesta konvokesyen ke-25 Universiti Utara Malaysia




Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Baru-baru ini Universiti Utara Malaysia telah mengadakan majlis konvokesyen ke-25. Syukur Alhamdulillah dengan kurnianNya majlis tersebut dijalankan dengan jayanya tanpa aral yang mendatang. Majlis tersebut dijalankan selama seminggu iaitu pada 3hb Oktober 2012 hingga 10hb Oktober 2012.Bagi setiap pelajar,saat paling manis setelah tamat pengajian ialah sewaktu hari konvokesyen mereka.Dapat kita lihat wajah yang berseri-seri bercampur dengan perasaan gemuruh di wajah mereka.Setelah bertahun memerah otak,sambutan hari konvokesyen ini sangat bermakna untuk mereka menandakan mereka sudah tamat pengajian di peringkat ijazah.Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut,pihak penganjur memeriahkan majlis konvokesyen UUM dengan pesta jualan cenderahati,jualan makanan dan minuman,pertandingan kumpulan muzik,pertandingan nyanyian dan kemeriahan pesta konvokesyen tidak akan meriah tanpa kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir,sixth sense,Firdaus,Azlan and typewriter, dan Adira.Namun demikian,disebalik kemeriahan pesta konvokesyen ini,terdapat beberapa isu yang ingin saya bangkitkan di sini.

Isu yang paling dipandang ringan sewaktu pesta konvokesyen UUM ialah kebersihan.Jelas dapat kita lihat kebersihan di gerai-gerai makanan yang dipandang ringan oleh sesetengah peniaga.Sepanjang pemerhatian saya sewaktu di pesta tersebut,kebanyakkan peniaga makanan tidak mementingkan kebersihan. Mereka tidak menggunakan sarung tangan plastik semasa menghidangkan makanan,tidak memakai penutup rambut atau topi,sampah sarap dibiarkan di merata-rata dan kebanyakkan daripada mereka tidak mengambil suntikan kesihatan untuk pengendalian makanan.Ini akan menyebabkan terjadinya masalah kesihatan seperti keracunan makanan kepada pengunjung yang jelas sekali pelajar di UUM.Timbul persoalan difikiran saya dimanakah pihak berwajib yang harus memantau gerai-gerai makanan di tapak ekspo tersebut.


Saya sebagai mahasiswa berasa kesal dengan pihak penganjur yang lebih mementingkan wang dari  keselamatan dan kebersihan di tapak ekspo tersebut.Isu-isu ini harus dipandang serius oleh pihak penganjur agar peniaga lebih mementingkan kebersihan di gerai-gerai mereka.Langkah yang berkesan  perlu diambil oleh pihak penganjur dengan mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut etika pakaian,mengenakan kompaun jika keadaan gerai kotor,pengawasan pihak kesihatan di setiap gerai makanan,dan memastikan peniaga membuang sampah setiap kali menutup jualan mereka.


Kesimpulannya disini,pihak-pihak yang bertanggungjawab harus sedar terhadap isu ini agar ianya tidak menjadi buah mulut orang luar.Jika ianya berlaku,sedikit sebanyak akan mencalarkan nama universiti Utara Malaysia atau dikenali Universiti Pengurusan Terkemuka.Sama-samalah kita menjaga kebersihan Universiti kita agar menjadi ikutan universiti di luar sana.



Tuesday, 2 October 2012

KEMAHIRAN INSANIAH





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita berada di muka bumi ini.Semoga saudara dan saudari yang berada di luar sana berada dalam keadaan sihat hendaknya. Mengikut perkembangan semasa yang diperkatakan dalam kalangan mahasiswa kini,cemerlang dalam akademik bukan tiket untuk mendapat tempat dalam bidang pekerjaan.Adakah isu yang diperkatakan ini benar?

Statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2005 hingga 2009 menunjukkan 337,884 graduan gagal mendapat pekerjaan dan bilangan itu bertambah sebanyak 60,000 orang menjelang tahun 2009.Punca utama berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan mahasiswa adalah disebabkan kekurangan menguasai kemahiran insaniah.


Jika mahasiswa yang ingin mencari pekerjaan selepas tamat belajar dan mempunyai diploma serta ijazah dalam sesuatu bidang yang diceburi,mereka harus mempunyai kemahiran insaniah seperti :


1)Kemahiran berkomunikasi/ bertutur

2)Kemahiran berfikir
3)Kemahiran penguasaan IT
3)Kemahiran menyesuaikan diri
4)Kepimpinan
5)kemahiran menyelesaikan masalah
6)Keyakinan yang tinggi
7)Kebolehan mengawal emosi dalam apa jua keadaan
8)Kemahiran berbahasa Inggeris
9)Kerja berpasukan
10)Bijak menjaga penampilan diri

Bagi saya sebagai mahasiswa,kemahiran insaniah ini penting dalam merancang masa depan dalam kerjaya supaya dapat menempatkan diri dalam bidang pekerjaan.Kemahiran tersebut penting kerana kebanyakan syarikat mementingkan kemahiran insaniah tersebut disamping akademik yang diperolehi.Sudah tentulah kategori mahasiswa ini menjadi rebutan majikan setelah tamat belajar nanti.Saya akui bukan mudah untuk menguasai kemahiran insaniah ini kerana kemahiran ini perlu dipraktikkan semasa menjadi mahasiswa agar mudah untuk kita dialam pekerjaan kelak.Disamping Segulung ijazah dan Diploma,kemahiran insaniah juga penting dalam alam kerjaya.Semua mahasiswa termasuk diri saya sendiri harus sedar tentang pentingnya kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa pada masa ini supaya mudah mendapat tempat di alam pekerjaan.

Tuesday, 25 September 2012



AMAN,DAMAI,BEBAS.

Inilah makna dan jawapan yang tercetus di benak fikiran bila di tanya mengenai erti kemerdekaan.
Setiap orang mempunyai idealogi tersendiri untuk mentafsir erti kemerdekaan.Terpulang kepada mereka bagaimana untuk memahami erti kemerdekaan itu sendiri..



Gema merdeka sebanyak tujuk kali memenuhi segenap ruang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957 merupaka tarikh keramat, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.

Rentetan daripada peristiwa bersejarah negara untuk mencapai kemerdekaan, kini tranformasi berlaku daripada status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas merdeka. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan termasuk spritual dan mental.

Kini setelah 55 Tahun Merdeka. Bagaimana kita menghayati dan memperingati Hari Kemerdekaan?

" 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati " menjadi tema kemerdekaan pada tahun ini.

Akan tetapi.55 Tahun Merdeka, Janji Dicapati?siapakah yang mencipta tema ini?bukan untuk pro kepada sesiapa tetapi fikirkan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.'Janji' membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu manakala 'Ditepati' bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz.Tema kemerdekaan iaitu janji ditepati membawa maksud kerajaan akan berusaha memenuhi janji2 terhadap rakyat contohnya janji yang sudah ditepati iaitu pemberian BR1M 1Malaysia,TR1M 1Malaysia,Kedai 1Malaysia,Baucer Buku 1 malaysia dan sebagainya.

Tidak kisah lah apa pun kata garfik yang dibuat pada cogan kata untuk Hari Kemerdekaan. Bagi saya terpulang kepada individu untuk menerimanya atau tidak.Walauapapun kecenderungan politik kita jangan dilupa untuk kita sama-sama memperingati ulang tahun kemerdekaan negara kita dengan rasa tanggungjawab dan penuh patriotisme.

Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi adakah pemikiran rakyat malaysia ini merdeka?Persoalan ini menjadi tanda tanya sama ada pemikiran kita semakin sempit ataupun semakin bekembang seiring dengan 55 tahun negara kita merdeka.Jelas sekali minda kita masih dijajah walaupun zahirnya negara kita sudah bebas dari penjajah.

Apa yang ingin saya samapaikan dalam penulisan blog ini,saya menyeru semua rakyat Malaysia dari segenap pelusuk dunia agar bangkitlah dari dibuai mimpi yang akan memakan diri kita sendiri nanti.Jika keadaan ini berterusan,tidak hairanlah jika negara kita akan dijajah semula pada masa akan datang.Dimanakah semangat kita?dimanakah sayang kita terhadap cintakan tahah air?Pada masa ini, jelas dapat kita lihat semangat kemerdekaan ini semakin luntur dalam jiwa anak2 muda sekarang..Jika dilihat 10tahun lepas,apabila tiba bulan kemerdekaan ramai yg megah meletak bendera malaysia di kereta mereka, mengibarkan jalur gemilang di rumah-rumah,sepanjang jalan berdiri megah bendera malaysia.Menangis datuk dan nenek kita bila mendengar laungan kemerdekaan.Tetapi zaman sekarang menyambut hari merdeka dengan parti-parti dan pesta liar tanpa mengira jantina.Ini menunjukkan pemikiran golongan muda yang akan mengemudi negara masa akan datang masih dijajah.

                           10 tahun lepas dapat kita lihat semangat sebegini di kawasan kampung
                                         

                                       Jalur gemilang yang bediri megah di setiap kenderaan pada masa dahulu

Namun.Semakin berkembang dan maju negara kita,semakin sempit pemikiran kita.Tambahan pula golongan anak-anak muda yang akan berada dibarisan hadapan mengemudi negara masa akan datang..

                 Golongan muda menyambut kemerdekaan dengan merempit dimalam merdeka.

Kita sebagai rakyat malaysia harus memikirkan apa sumbangan kita terhadap negara,bukan hanya memikirkan apa yang negara sumbangkan untuk kita.