Tuesday, 16 October 2012

Pesta konvokesyen ke-25 Universiti Utara Malaysia




Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Baru-baru ini Universiti Utara Malaysia telah mengadakan majlis konvokesyen ke-25. Syukur Alhamdulillah dengan kurnianNya majlis tersebut dijalankan dengan jayanya tanpa aral yang mendatang. Majlis tersebut dijalankan selama seminggu iaitu pada 3hb Oktober 2012 hingga 10hb Oktober 2012.Bagi setiap pelajar,saat paling manis setelah tamat pengajian ialah sewaktu hari konvokesyen mereka.Dapat kita lihat wajah yang berseri-seri bercampur dengan perasaan gemuruh di wajah mereka.Setelah bertahun memerah otak,sambutan hari konvokesyen ini sangat bermakna untuk mereka menandakan mereka sudah tamat pengajian di peringkat ijazah.Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut,pihak penganjur memeriahkan majlis konvokesyen UUM dengan pesta jualan cenderahati,jualan makanan dan minuman,pertandingan kumpulan muzik,pertandingan nyanyian dan kemeriahan pesta konvokesyen tidak akan meriah tanpa kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir,sixth sense,Firdaus,Azlan and typewriter, dan Adira.Namun demikian,disebalik kemeriahan pesta konvokesyen ini,terdapat beberapa isu yang ingin saya bangkitkan di sini.

Isu yang paling dipandang ringan sewaktu pesta konvokesyen UUM ialah kebersihan.Jelas dapat kita lihat kebersihan di gerai-gerai makanan yang dipandang ringan oleh sesetengah peniaga.Sepanjang pemerhatian saya sewaktu di pesta tersebut,kebanyakkan peniaga makanan tidak mementingkan kebersihan. Mereka tidak menggunakan sarung tangan plastik semasa menghidangkan makanan,tidak memakai penutup rambut atau topi,sampah sarap dibiarkan di merata-rata dan kebanyakkan daripada mereka tidak mengambil suntikan kesihatan untuk pengendalian makanan.Ini akan menyebabkan terjadinya masalah kesihatan seperti keracunan makanan kepada pengunjung yang jelas sekali pelajar di UUM.Timbul persoalan difikiran saya dimanakah pihak berwajib yang harus memantau gerai-gerai makanan di tapak ekspo tersebut.


Saya sebagai mahasiswa berasa kesal dengan pihak penganjur yang lebih mementingkan wang dari  keselamatan dan kebersihan di tapak ekspo tersebut.Isu-isu ini harus dipandang serius oleh pihak penganjur agar peniaga lebih mementingkan kebersihan di gerai-gerai mereka.Langkah yang berkesan  perlu diambil oleh pihak penganjur dengan mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut etika pakaian,mengenakan kompaun jika keadaan gerai kotor,pengawasan pihak kesihatan di setiap gerai makanan,dan memastikan peniaga membuang sampah setiap kali menutup jualan mereka.


Kesimpulannya disini,pihak-pihak yang bertanggungjawab harus sedar terhadap isu ini agar ianya tidak menjadi buah mulut orang luar.Jika ianya berlaku,sedikit sebanyak akan mencalarkan nama universiti Utara Malaysia atau dikenali Universiti Pengurusan Terkemuka.Sama-samalah kita menjaga kebersihan Universiti kita agar menjadi ikutan universiti di luar sana.



Tuesday, 2 October 2012

KEMAHIRAN INSANIAH





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita berada di muka bumi ini.Semoga saudara dan saudari yang berada di luar sana berada dalam keadaan sihat hendaknya. Mengikut perkembangan semasa yang diperkatakan dalam kalangan mahasiswa kini,cemerlang dalam akademik bukan tiket untuk mendapat tempat dalam bidang pekerjaan.Adakah isu yang diperkatakan ini benar?

Statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2005 hingga 2009 menunjukkan 337,884 graduan gagal mendapat pekerjaan dan bilangan itu bertambah sebanyak 60,000 orang menjelang tahun 2009.Punca utama berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan mahasiswa adalah disebabkan kekurangan menguasai kemahiran insaniah.


Jika mahasiswa yang ingin mencari pekerjaan selepas tamat belajar dan mempunyai diploma serta ijazah dalam sesuatu bidang yang diceburi,mereka harus mempunyai kemahiran insaniah seperti :


1)Kemahiran berkomunikasi/ bertutur

2)Kemahiran berfikir
3)Kemahiran penguasaan IT
3)Kemahiran menyesuaikan diri
4)Kepimpinan
5)kemahiran menyelesaikan masalah
6)Keyakinan yang tinggi
7)Kebolehan mengawal emosi dalam apa jua keadaan
8)Kemahiran berbahasa Inggeris
9)Kerja berpasukan
10)Bijak menjaga penampilan diri

Bagi saya sebagai mahasiswa,kemahiran insaniah ini penting dalam merancang masa depan dalam kerjaya supaya dapat menempatkan diri dalam bidang pekerjaan.Kemahiran tersebut penting kerana kebanyakan syarikat mementingkan kemahiran insaniah tersebut disamping akademik yang diperolehi.Sudah tentulah kategori mahasiswa ini menjadi rebutan majikan setelah tamat belajar nanti.Saya akui bukan mudah untuk menguasai kemahiran insaniah ini kerana kemahiran ini perlu dipraktikkan semasa menjadi mahasiswa agar mudah untuk kita dialam pekerjaan kelak.Disamping Segulung ijazah dan Diploma,kemahiran insaniah juga penting dalam alam kerjaya.Semua mahasiswa termasuk diri saya sendiri harus sedar tentang pentingnya kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa pada masa ini supaya mudah mendapat tempat di alam pekerjaan.